Научная литература
booksshare.net -> Добавить материал -> Лингвистика -> Дорофеева Т.В. -> "Учебник малайского (малайзийского) языка" -> 144

Учебник малайского (малайзийского) языка - Дорофеева Т.В.

Дорофеева Т.В., Кукушкина Е.С. Учебник малайского (малайзийского) языка — М.: Акад. гуманитарных исслед., 2006. — 384 c.
ISBN 5-98499-070-9
Скачать (прямая ссылка): dorofeeva-malayskiy-yas.djvu
Предыдущая << 1 .. 138 139 140 141 142 143 < 144 > 145 146 147 148 149 150 .. 160 >> Следующая

1. Kita tidak boleh berlaku kasar dan mengganggu orang di tempat-tempat awam. 2. Yuran yang dibayar oleh siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) jauh kurang daripada bayaran yang ditanggung oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 3. Perang selalu menjadi satu bencana yang amat besar bagi penduduk awam. 4. Kemudahan awam di kawasan luar bandar masih tidak sebaik berbanding kawasan bandar. 5. Bas berhenti supaya penumpang dapat berehat, masuk tandas awam dan makan di kedai. 6. Juruterbang awam semestinya sangat cekap.
345
ОСНОВНОЙ КУРС. УРОК 29
12. Pilih bentuk perkataan yang betul dan terjemahkan ayat-ayat di bawah:
1. Dahulu penyakit itu susah ... (berubat/diubati) kerana belum ada vaksin yang sesuai. 2. Kawan saya Shu Wei lebih percaya pada doktor-doktor tradisi Cina dan ... (berubat/mengubati) hanya dengan mereka. 3. Mereka lama berdebatan pada seminar itu kerana ... (pendapat/pendapatan)nya jauh berlainan. 4. Kerajaan selalu menyokong dan membantu golongan ... (berpendapat/berpendapatan) rendah. 5. Nenek ... (berubat/mengubati) batuk cucu dengan memberikannya minuman panas dan banyak air limau. 6. Selepas ... (berubat/mengubati) di Hospital Melaka selama seminggu dia dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. 7. Akhir-akhir ini ... (pendapat/pendapatan) tahunan hartawan ini melebihi seratus juta ringgit. 8. Hari ini Menteri Kabinet itu diajak membentangkan ... (pendapat/ pendapatan) beliau dalam rancangan TV.
13. Perhatikan simpulan bahasa dengan perkataan buah: buah bibir (mulut) buah hati (mata) buah pena buah pinggang buah perbincangan buah tangan
14. Bincangkan tajuk-tajuk di bawah:
• Cuba memberi pendapat anda, unsur-unsur ара yang membentuk jatidiri sesebuah bangsa atau kaum?
• Mengapa negara-negara muda di Asia dan Afrika termasuk Malaysia begitu mementingkan soal jatidiri?
15. Bagaimana andafaham maksudpepatah Melayu di bawah: Silap mata, pecah kepala.
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
16. Terjemahkan ke dalam Bahasa Rusia dengan memberi perhatian kepada kosa kata Unit 28:
1. Tulisan ini menarik, tetapi terlalu umum: kurang menggunakan fakta.
2. Pendapatan rakyat Malaysia terbukti semakin meningkat dengan semakin ramai orang mampu membeli rumah sendiri. 3. Kata-katanya itu yang dipetik dalam akhbar tadi ialah pendapat peribadinya sahaja, bukan sikap rasmi kerajaan kita. 4. Ibu-bapa Roslan tidak menghalang usahanya untuk membantu keluarga mencari nafkah. 5. Pergerakan pasukan kita di dalam hutan sangat hati-hati supaya tidak menarik perhatian musuh. 6. Sekiranya persahabatan Rusia-Malaysia terus dipupuk, hubungan antara kedua-dua negara kita akan mencapai peringkat baharu. 7. Nilai-nilai rohani yang ditanam di jiwanya dari kecil lagi telah menjadikannya seorang yang berbudi bahasa. 8. Berucap di hadapan beberapa ratus
346
ОСНОВНОЙ КУРС. УРОК 29
penyokongnya negarawan itu dengan tegas membentangkan matlamat-matlamat perjuangannya. 9. Kedai Lalat ialah nama sebuah kota kecil di negeri Kelantan.
77. Terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan kosa kata baharu:
1. Ты должен удостовериться (знать наверняка), что в сочинении нет ошибок. 2. Автор доклада делает некоторые выводы относительно общего направления развития экономики Малайзии. 3. По мнению пассажиров, аварии с общественным транспортом случаются не так часто, как с частным. 4. Приватизация университетов должна осуществляться очень осторожно. 5. Тайские монахи носят оранжевые рясы, а китайские — голубоватые. 6. Самый знаменитый буддийский монастырь Малайзии находится на Пинанге. 7. Джабария мечтала поездить по миру, но после того, как вышла замуж, она стала домохозяйкой и сидит дома. 8. Попробуйте определить понятие "национального своеобразия" - это совсем нелегко.
Ceritakan kembali:
Sami Buddha
Agama rasmi Thai ialah agama Buddha dan agama mengambil pcranan yang penting di dalam kehidupan orang Thai. Orang muda, tak kira miskin kayanya, dikehendaki sekurang-kurangnya selama tiga bulan menjalani kehidupan sebagai sami.
Latihan agama dan moral atau budi mereka itu tergambar pada tutur kata orang-orang Thai yang lembut dan kelakuannya yang hati-hati. Orang-orang Buddha tidak boleh membunuh binatang walau pun seekor lalat. Di jalan-jalan raya negeri Thai kelihatan pagi-pagi lagi sami-sami Buddha yang berjubah jingga itu berjalan. Mereka pergi dari rumah ke rumah membawa mangkuk-mangkuk. Mereka seharusnya tidak bercakap dan meminta. Sami tidak boleh meminta dan tidak boleh juga mencari nafkah. Suri-suri rumah yang dikunjunginya itu memasukkan makanan atau beras ke dalam mangkuk mereka. Apabila diberi makanan mereka tidak pun mengucapkan terima kasih kerana sebenarnya merekalah (sami itu) yang patut diberi terima kasih kerana mereka memberikan peluang pemberi-pemberi makanan itu mendapat "pahala" (вознаграждение на небесах).
Di seluruh negeri Thai sekarang ada lebih kurang 170 000 orang sami dan 20 000 biara. Pada zaman dahulu kuil-kuil dan biara-biara (atau "wat" dalam Bahasa Thai) adalah menjadi tempat keilmuan, pusat bertumbuhnya kehidupan kampung dan bandar. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka tinggal dengan sami-sami itu dengan syarat pekerjaan anaknya dengan sami itu sebagai ganti belanja pelajaran mereka. Sami-sami itu tidak mengambil apa-apa bayaran dari pada ibu bapa.
Предыдущая << 1 .. 138 139 140 141 142 143 < 144 > 145 146 147 148 149 150 .. 160 >> Следующая

Реклама

c1c0fc952cf0704ad12d6af2ad3bf47e03017fed

Есть, чем поделиться? Отправьте
материал
нам
Авторские права © 2009 BooksShare.
Все права защищены.
Rambler's Top100

c1c0fc952cf0704ad12d6af2ad3bf47e03017fed